- SeLaMaT DaTaNg -
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ

- SeLaMaT DaTaNg -

Selamat Datang keBlog Chaqhazali. Blog ini merupakan blog peribadi penulis yang pastinya berlainan dari blog-blog yang lain. Blog ini akan memberi info-info berguna mengenai isu-isu terkini, petua-petua menarik, paparan peluang perniagaan, peluang kerjaya dan penerangan tempat-tempat pelancongan dan ekopelancongan menarik di Malaysia. Di samping itu, blog ini akan memaparkan catatan pengalaman penulis sewaktu melakukan aktiviti rekreasi luar bersama beberapa teman-teman seperjuangan. Di harap blog ini akan bermanfaat dan dapat membuka minda anda. Jadi selamat melayari dunia penulis. Semoga anda mengenali penulis sedikit sebanyak.

Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan teramat tinggi kepada teman karib, Syahrull (Ca On), Hafif (Apit) dan Rezuan (An), juga teman rapat jurusan di universiti, Ahmad (Mad), Adnan (Denan), Sazali (Jali), Wahida (Weyda), Geng-geng Linda (Linda, Anis, Lin, Wana, Qilla, Ann), Aida, Sue, Ani, Siti, Syima dan ramai lagi. Tidak lupa juga rakan-rakan rekreasi, Abg Harry (Mr Godfather) dan Joetawan, serta Kelab Kenu (Chuck, Wan, Paly, Lai, Yatt, Syetul, Faezah), Team Rapid Fire Adventure Sungai Sedim (On, Sham, PakNdak, Ayen, Abg Idan), KEREKUL Kulim (Abg Lan, Abg Syam, Abg Yazid) dan Sekretariat Rakan Muda UUM (Mirul, Rina, Qila, Nazri, Zaki, Idah, Yana, Siha, Syah). Tidak ketinggalan buat dua insan yang disayangi, Ghazali bin Awang dan Atikah bt Pazil


Me, Godfather and Suparjoe

XPDC GUNUNG STONG - AYAM

XPDC GUNUNG STONG - AYAM
air terjun

Xpdc ini disertai oleh ahli-ahli kelab Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UUM dan penasihat, En.Raime Ramlan. Kami bertolak dari UUM pada malam (bln Mei 2007). Kami sampai di stesten keretapi Dabong ,Kelantan pada pukul 6 pagi..Di sana, kami solat subuh dan sarapan pagi sementara menunggu guide iaitu Uncle Adam n the geng..Dalam pkul 8 cmtu baru guide2 smpi..Kami diberi taklimat dan diberitahu sebelum memulakn xpdc, kami akan buat caving dulu. Caving ni tidak termasuk dalam package kami,kire diberi percuma la.Nama tempat tu dah lupa.

Yang aku ingat, nama-nama gua tu gua ikan, gua keris dan ade lagi laa. Gua Keris dinamakan cmtu sebab ade formasi berbentuk keris. Guide tidak membenarkan kami menyentuh semua formasi yg terdapat didalam gua2 kerana ia akan matikan proses pertumbuhan.Terdapat juga formasi yang menyerupai kasut gergasi dan ikan. Banyak juga halangan yg mencabar, sperti merangkak ntk melepasi lubang.

Selepas berjaya mengharung sumua gua, kami mnaiki bas mnuju ke Kg.Dabong, dimana gunung Gunung Stong dan Gunung Ayam terletak. Bas kami tidak dibenarkan masuk smpi ke resort rekreasi Stong. Beberapa van telah disediakn kerana jalan tersbut hanya sesuai ntk kenderaan ringan shj.

Kami tiba di resort pada waktu tengahari dan makan tengahri disana sblm memulakan xpdc. Selepas semua sudah bersedia,xpcd pn bermula. Pada permulaan pendakian, kami melalui di sebelah air terjun Stong yang juga merupakan air terjun tertinggi di asia tenggara.

Cekpoint yg pertama ialah Kem Baha @ Jelawang Jungle.Untuk smpi ke sna, 6 laluan pacak dan 1 laluan menurun terpaksa dilalui. Kami tiba di Kem Baha pada waktu petang dan bermalam disana. Cuaca pada hari itu tidak baik dan kami bermalam dalam keadaan sejuk (ujan tapi tak lebat sangat la). Keesokkn harinya, kami meneruskan perjalanan dan ia mengambil masa 9 jam untuk smpai ke puncak Gunug Ayam. Trek agak mencabar jugak, dan punca air senang diperolehi.. Semakin tinggi kami mendaki, semakin sejuk udara disana dan laluan pun semakin sempit..Walaupun laluan sempit, kami hairan kerana menjumpai bekas2 najis GAJAH. Kami sampi di puncak Gunung Ayam pada waktu maghrib. Seperti biasa apabila sudah sampai, pasang khemah, masak2.. Malam tu tak ada buat apa2,cuma borak2,main game club.. Then tidor.. Pagi keesokannya, bangun kaki aku kremm..sejuk sangat..After breakfast, xpdc seterusnya iaitu menuju ke puncak Gunung Stong.. Perjalanan ke sane sekejap sahaja.. 3jam sahaja.. Sampai sane, ingat sudah sampai puncak.. Rupe2nye kena panjat batu besar..batu tu la yg merupakan pncak Gng St0ng..Sangat unik. Guide cerita, dulu panggil stone, oleh kerana org2 kelantan ni loghat bhs kn laen sket.. last2 pggl la st0ng..tu la trjadinya gng st0ng..

Kami lepak2 kt sne,mkn2 then bertolak blk ke kem baha. Nk blk tu,amek mse pnjng la..sbb kami xberkhemah kt mne2 dah.. Kami smpi kt kem baha dh gelap..dlm pkol 8 lbey or 9 kot..mlm tu kami berkhemah di kem baha..

Hari keesoknnye, kami mandi di kolam puteri 7 perigi[kalo xsilap la,xigt].Air terjun st0ng juga xkurang hebatnya..1 lagi perkara yg xdpt kulupekan ialah.. Sliding di air terjun…kami dipakse memanjat tebing air terjun dgn mggunakan tali yg hanya dipegang oleh slh seorg guide..kemudian kami kene pkse berjemur di tebing air terjun yg tinggi tuu.. Selepas tu, sorg demi sorg akn dilepaskan dgn meluncur di ats air terjun..ngeri mmg ngeri, tp syookk!!! Slps mndi2, kami mkn2..n bersiap sedia ntk pulang..

Aku xigt bpe lme prjlanan trun. Tapi yg psti dr kg.Dabong, kami blh nmpk air terjun di kem baha. Perot terasa nk isi dgn mknan yg sdap2..Driver bs berenti kedai mkn mne tah..Yang klakornye, sorg je pkrja kt sne..dan kitorg je la pelanggn yg ade..nk tggu mknnan punyer lame, last2 ktorg jd owner kdai tu plak..ktorg wt sndri air n mknan..bile time nk byr,mk oiii..mhal gle mkck tu chrge..dh la ktrg yg tlg msk sume,igt dpt r murah ni, x..mhal jgk die chrge..nsb la..dh lapar..lps tu, kami teruskn prjlanan…smpi uum pg2 esok harinye..dan sumer pn kelam kabut packng brg nk blk umh pg tu jgk…THE END..


Ditulis oleh : Adlina KLKM

(blue_extraordinary@yahoo.com)

www.pendrivebiru.multiply.com


puncak stong

KELANTAN RIVER EXPEDITION

Pada bulan Mei yang lalu, penulis telah mengikuti satu ekspedisi berkayak di sungai Kelantan anjuran Kelab Kenu UUM dengan kerjasama Persatuan Kenu Kelantan dan Polis Diraja Malaysia Kelantan. Ekspedisi selama 4 hari itu bermula dari Tanah Merah, merentasi jajahan Pasir Mas - Kota Bharu - Pantai Cahaya Bulan - Kem Kijang - Pulau Melaka.

Ekspedisi ini begitu mencabar kerana cuaca yang tidak menentu dan keadaan arus sungai yang tidak sekata. Hari pertama, kayuhan dilakukan tepat jam 8 pagi dengan di ekori oleh bot bantuan PDRM dan tiba di Pasir Mas pada jam 6 ptg. Tempat tidur agak tidak selesa kerana hanya tidur di bawah jambatan.

Hari kedua, perjalanan dimulakan pada jam 8 pagi dan tiba di Kota Bahru pada jam 1 petang, berhenti makan tengahari dan memulakan kayuhan semula pada jam 2 petang terus ke Pantai Cahaya Bulan dan memasuki muara sungai untuk ke Kem Kijang iaitu Kem Pengakap Kelantan. Perjalanan dari KB ke Kem Kijang begitu mencabar kerana arus mulai berombak kerana telah menghampiri kawasan laut, kebetulan hujan mulai turun dan keadaan air mulai hendak pasang. Ada peserta muntah dan tidak bermaya kerana kayak yang beralun dan angin kencang. Lebih mencabar perasaan apabila guide tersasar dari laluan dan tidak tahu laluan ke Kem Kijang. Keadaan yang telah letih, hari yang mulai gelap dan bekalan makanan yang semakin berkurangan begitu menyeksa perasaan. Akhirnya kami menjumpai kem kijang dengan bantuan penduduk setempat.

Ekspedisi akhirnya tamat dengan jayanya.

Rafting d Kota Bahru

BINTANG MERDEKA CLIMB

Penulis menyambut merdeka pada tahun ini di puncak Gunung Bintang. Kali ini penulis mendaki Gunung Bintang bersama-sama dengan Sekretariat Rakan Muda dengan kerjasama team KEREKUL.Kami tiba di Dewan Orang Ramai Kampung Lindungan Raja lebih kurang jam 130 ptg dan disambut oleh En Othman bin Awang Pengerusi JKKK Kampung Lindungan Raja, Hj Mukhtarudin bin Hj Ismail Penghulu Kampung Lindungan Raja, Mak Ndak Sofiah Tuan rumah Lindungan Raja dan En Tarmizi pegawai yang menguruskan kami di Sedim. Setelah tiba, kami berehat dan Solat Zuhur di Dewan. Pada jam 230 ptg, kami memulakan aktiviti Gotong royong membersihkan Dewan Orang Ramai dan Rumah Lindunagn Raja seperti membersihkan halaman, cuci tingkap, membersihkan lantai dewan, menceriakan dewan dan sebagainya.

Selepas makan malam, Setiausaha Kelab Rekreasi dan Kegiatan Luar Kulim (KEREKUL), En Norhisham memberi sedikit taklimat teori pendakian gunung bersama-sama 3 orang guide iaitu En Sham, En Asrul dan En Habib. Selesai teori, pembahagian Ration makanan di lakukan dan dibahagikan kepada 6 kumpulan yang di pecahkan untuk memudahkan makanan dibawa ke atas gunung. Pada jam 12 mlm kami semua tidur.


Hari kedua, lebih kurang jam 9 pagi, kami menaiki lori muatan sederhana untuk ke kaki gunung dan terus ke Tapak Lombong. Lebih kurang jam 0930pg kami tiba di Tapak Lombong dan melakukan Warming-up. Selepas Warming-up, kami memulakan pendakian mengikut laluan mountain bike sehingga ke trek pendakian tanah gunung.

Di sepanjang perjalanan yang mengambil masa 4 jam itu, peserta di dedahkan dengan pemandangan saujana yang menghijau serta menyegarkan mata memandang. Kami di uji dengan berbagai halangan seperti terpaksa meniarap untuk melepasi batang pokok tumbang, menyeberangi sungai dengan meniti atas batang balak tumbang, memboloskan diri dalam semak hutan buluh dan sebagainya. Ternyata keletihan terpancar di wajah peserta tetapi mereka tidak patah semangat untuk meneruskan perjalanan ke base camp 1- Air Terjun. Di punca air yang kedua, peserta dapat melihat dengan mata sendiri tapak kaki harimau belang di atas pasir. Tapak kaki harimau itu masih baru, lebih kurang 15minit yang lalu menurut guide. Pengalaman yang tidak didapati di mana-mana. Lebih kurang jam 130 ptg, kami tiba di Basecamp 1. Peserta mendirikan khemah tetapi nasib tidak menyebelahi kami kerana hujan turun dengan lebatnya. Peserta terpaksa mendirikan khemah dalam hujan yang lebat. Pengalaman yang memeritkan. Hujan reda lebih kurang 30 minit kemudian, peserta mulakan aktiviti memasak dengan bantuan solid fuel kerana kayu api basah.


Hari ketiga, selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 730pagi, Warming up dilakukan untuk mengelakkan kekejangan. Tepat jam 8 pagi, kami memulakan sambungan pendakian selama 5 jam. Perjalanan trek kedua ini agak meletihkan kerana ia keseluruhannya memaksa peserta mendaki secara purata 40°. Di sepanjang perjalanan peserta melalui trek yang sempit dan perlu mendaki sehingga 80°. Peserta juga di uji dengan merempuh halangan hutan resam dan pasti meninggalkan kesan calar-balar pada tubuh badan terutamanya pada lengan. Bebanan haversack yang secara puratanya berat 20kg pasti memeritkan lagi peserta. Lebih kurang jam 1245 tengahari, kami tiba di SideHill View, disini kami berehat selama 10 minit sambil melihat keindahan panorama bandar Kulim Bandar Baharu dan Baling secara jelas pada ketinggian 1550m a.p.l. Perjalanan kami teruskan ke Basecamp 2 Taman Bunian. Di pertengahan perjalanan kami bertembung dengan kumpulan pendaki dari Sabak Bernam. Lebih kurang jam 130 petang, kami selamat tiba di Taman Bunian iaitu BaseCamp 2. Pembahagian tugas terpaksa dilakukan, setiap ahli kumpulan seramai 4 orang di pecahkan kepada dua, sebahagian memasang khemah dan sebahagian lagi perlu turun sejauh 800meter kebawah untuk mengambil air kerana disitulah punca air yang terdekat. Setelah memasak makanan tengahari, lebih kurang jam 3 petang, kami menyambung kembali pendakian ke puncak tetapi haversack dan ration makanan di tinggalkan di BaseCamp 2. Perjalanan selama 4 jam turun dan naik terpaksa di lakukan walaupun kebanyakkan peserta keletihan. Setelah 45minit mendaki, kami tiba di Taman Bonsai, disini kami dapat melihat susunan pohon bonsai yang amat cantik sekali dan ia bebas dari pencemaran seolah-olah ada ornag yang menjaganya. Menurut guide, kawasan ini adalah tempat bunian bermain. Suhu disini mencecah 20°C. Setelah mengambil gambar kami bertolak ke Puncak Bintang Kecil. Tiba di Puncak Bintang Kecil lebih kurang jam 415petang. Kawasan di sini tidak begitu rata dan kelembapan yang tinggi. Suhu mencecah 17°C. Perjalanan dari Puncak Bintang Kecil ke Puncak Gunung Bintang memang amat mencabar kerana memaksa peserta berhati-hati akibat trek yang curam dan licin, tersilap langkah pasti jatuh ke gaung. Ada juga trek yang memaksa peserta berpaut pada akar pokok untuk memanjat dan yang paling mencabar peserta terpaksa mengelak dari terpijak tanah gambut yang lembut kerana jika terpijak pasti tenggelam sehingga ke paras lutut. Kami juga menjumpai tapak kaki gajah dan badak di sepanjang laluan dan terdapat kesan calar-calar pada batang pokok akibat rempuhanya. Tidak ketinggalan, flora juga banyak terdapat di sepanjang laluan, antaranya periuk kera, orkid dan tumbuhan liar hutan yang tidak terdapat di kaki gunung tetapi hanya di atas gunung. Tepat jam 510 petang, kami tiba di puncak dengan ketinggian 1862m a.p.l. Peserta dapat melihat pemandangan yang menghijau dan dapat melihat Banjaran Bintang iaitu anak atau jajaran Banjaran Titiwangsa. Juga dapat melihat Gunung Inas, Gunung Bokbak, Gunung Bintang Hijau dan Bukit Hijau. Pengalaman yang sukar dilupakan. Setelah puas melepaskan lelah dan mengambil gambar, kami bertolak turun ke BaseCamp 2 tepat jam 6ptg. Perjalanan melalui jalan yang sama sewaktu mendaki dan tiba di BaseCamp 2 lebih kurang jam 730mlm dan hujan mulai renyai-renyai.

Pengalaman pendakian Gunung Bintang adalah memori yang tidak dapat dilupakan walaupun penulis telah mendaki pada Hari Krismas lalu, tetapi kali ini pengalaman lebih menyeronokan. Terima Kasih kepada Pengerusi KEREKUL iaitu Penghulu Azlan, En Norhisham dan semua yang menjayakan program ini.


ENDAU ROMPIN ECO X-VENTURE 2008

Penulis bersama En Mohd Khairi Mohd@Alwi, pensyarah kelas Pengurusan Rekreasi HZN3033 beserta 38 Krew Terrapin yang terdiri daripada pelajar kelas, ahli Kelab Kenu dan staf Wilderness Langkawi telah berangkat ke Taman Negara Endau Rompin, Kahang, Johor. Perjalanan selama 10jam di akhiri dengan tiba di Pejabat Taman Negara Kahang pada jam 0730 pagi. Pejabat di buka pada jam 0800 pagi, kesempatan yang ada digunakan untuk bersarapan di Restoran ??? bersebelahan dengan Pejabat Taman Negara Kahang. Selepas pendaftaran, lebih kurang jam 0915 pagi, kami bertolak ke Balai Pelawat dengan menaiki 5 buah pacuan 4 roda, perjalanan mengambil masa selama satu jam, sejauh 50km. Tiba di Balai Pelawat, kami diberi taklimat oleh pihak Taman Negara. Selepas taklimat, kami di perkenalkan dengan Pemandu Arah iaitu Faizul, Fatimah, Imah dan Asri. Kami kemudian bergerak ke Jeti Kampung Peta untuk menuju ke Jeti Pacau iaitu pintu masuk ke Kuala Jasin. Perjalanan menaiki bot mangambil masa satu jam. Tiba di Jeti Pacau, kami berjalan kaki ke Kuala Jasin dan kemudian terus ke Kuala Marong, perjalanan mengambil masa selama satu jam dengan memikul beban haversack 75L. Tiba di Kuala Marong, kami mendirikan khemah dan memasak makan malam. Sebelah malamnya, taklimat diberi untuk perjalanan esok ke Buaya Sangkut.



Hari kedua, perjalanan yang mencabar dilalui untuk ke Buaya Sangkut. Selepas sarapan dan senaman pagi, perjalanan ke Batu Hampar dimulakan. Sepanjang perjalanan, kami menjumpai longgokan periuk kera dan pelbagai flora lain. Perjalanan diteruskan dari Batu Hampar menuju ke Takah Kunyit. Perjalanan agak mendebarkan apabila menjumpai anak harimau sedang mencari makan dan beberapa kesan tapak kaki binatang buas. Dari Takah Kunyit, kami menuju ke Buaya Sangkut. Tiba di Buaya Sangkut, peserta makan tengahari yang dibawa bekal. Perjalanan balik agak meletihkan tetapi dengan sajian keindahan flora dan fauna yang begitu asli, sedikit sebanyak menjadi ubat untuk peserta. Malamnya, Malam Rimba Terrapin dilakukan.

Hari ketiga, peserta dibawa oleh pemandu arah ke Upeh Guling. Keunikan formasi batu yang terbentuk amat mengagumkan. Ada yang kelihatan seperti ‘bathtab’ dan kolam-kolam kecil. Mengikut sejarah, disini dahulunya terdapat sebuah kampung. Seorang penduduk kampung bernama Upeh telah tergelincir dan terjatuh disini dan hilang tidak dijumpai. Selepas itu, kami dibawa ke Tasik Air Biru. Sebenarnya ia bukanlah sebuah tasik tetapi kawasan genangan air Sungai Jasin. Istimewanya, airnya biru dan sejuk. Selepas puas mandi manda, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kampung Peta untuk aktiviti menyumpit pula. Kami diberi taklimat dan demonstrasi jerat serta di beri peluang menyumpit sasaran.

Kami bertolak pulang dan tiba di UUM pada pukul 0600 pagi berikutnya.



Powered By Blogger

Sedim River Outdoor Challenge

Perjalanan dari UUM mengambil masa selama 3 jam. Program ini disertai penulis bersama En Mohd Khairi dan peserta kelas RECCERS Kobeng. Penulis telah beberapa kali datang ke Sedim. Antara aktiviti menarik yang dilakukan ialah rafting, tubing, kayak, abseiling dan night walk. Hari pertama tiba, kami melakukan aktiviti tubing. Dikendalikan oleh penulis dan En Khairi, aktiviti tubing dilakukan di Rodeo Rapid.

Sebelah malamnya, taklimat oleh Abg Zali atau lebih dikenali sebagai pakngah iaitu pemilik Rapid Fire Adventure. Taklimat anatomi rafting diberikan kepada peserta seperti safety line, bantal dan sebagainya. Juga mengenai paddle, boyancy aid, helmet dan sebagainya.

Keesokan harinya, ekspedisi rafting dimulakan dengan aktiviti water confident terlebih dahulu untuk memberi keyakinan kepada peserta. Taklimat diberikan terlebih dahulu mengenai keselamatn dan jika terbalik, tindakan yang sepatutnya di ambil peserta. Antara disiplin yang perlu dibuat di atas raft ialah ‘forward’, ‘backward’ dan ‘boom’. Pengalaman rafting tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anda perlu mengalaminya sendiri.


Powered By Blogger